Tuesday, 23 April 2013

Home Breed Sugar Glider, ( Biak Di Rumah )

   Sugar Glider (Petaurus breviceps) berasal dari hutan dan ladang fuji epal yg banyak terdapat di Tanzania Australia, Tasmania, Papua New Guinea dan sempadan Indonesia.
Haiwan Exotic ini menjadi haiwan perosak kepada tanaman epal yg terdapat banyak di Australia. Dengan bulu halus dan lembut haiwan ini adalah sejenis haiwan yg jinak dan mudah dibawa kemana sahaja oleh pemiliknya. Sugar Glider dewasa hanya sebesar tapak tangan orang dewasa. Untuk mengenali Sugar Glider jantan ianya terdapat 2 punat , 1 dikemaluan dan yg 1 lagi dipusatnya. Sugar Glider betina pula terdapat hanya 1 punat dikemaluan dan garis lintang iaitu kantung menyimpan untuk bayinya ( Seperti Kangaroo ).
Tahap matang Sugar Glider adalah sekitar 8 bulan hingga 1 tahun. Sugar Glider mengawan sebanyak 2 kali setahun. Terdapat 3 peringkat proses membiak. Selepas proses mengawan Sugar Glider betina akan mengandung, ini akan memakan masa selama 16-17 hari didalam kandungan dan melahirkan. Anak Sugar Glider yang dilahirkan adalah sebesar ulat burung yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Selepas proses melahirkan Sugar Glider jantan akan menyambut kelahiran itu dan membersihkan kesan darah dengan menjilat-jilat sehingga bersih dan mula menolak anaknya dengan lidah masuk kedalam kantung Sugar Glider betina sementara Sugar Glider betina pula menggunakan kedua tangannya untuk membuka kantung tersebut. Oleh kerana puting susu Sugar Glider betina berada didalam kantung  maka anak Sugar Glider akan berada didalam kantung tersebut sekitar 4 bulan. Selepas itu anak Sugar Glider tadi akan membesar dan dijaga rapi oleh Sugar Glider jantan. Sugar Glider jantan akan mengendong anaknya sambil mengajar anaknya mencari makan. Dari hari pertama Sugar Glider jantan mengajar anaknya mencari makan sehingga 16-17 hari barulah anaknya akan dilepaskan untuk mencari makan sendiri. Proses mengawan dan melahirkan akan mengambil masa sekitar 5 bulan. Sugar Glider boleh melahirkan 1- 4 ekor sekali mengawan dan kebiasaannya hanya 2 ekor sahaja yang berjaya hidup selebihnya mati oleh kerana keadaan kantung yang kecil dan kekurangan susu. Sugar Glider boleh menghasilkan bayi 2 kali setahun.

Apa Itu Home Breed Sugar Glider.

   Home Breed Sugar Glider adalah Sugar Glider yang dibiakkan dirumah dan bukan di ladang. Terdapat 2 jenis pembiakkan yang terdapat didalam pasaran sekarang iaitu Home Breed Sugar Glider dan Farm Breed Sugar Glider. Home Breed hanya memakan buah-buahan sementara Farm Breed Sugar Glider memakan serangga seperti ulat dan cengkerik.


Home Breed Sugar Glider.

   Home Breed Sugar Glider ( seperti yang kami ada ) hanya diberi makan buah seperti fuji epal, strawberry, anggur yg tidak mempunyai biji, kurma kering dan kismis kering. Buah-buahan sejuk seperti betik, pisang, tembikai, tembikai susu tidak diberikan oleh kerana usus Sugar Glider tidak akan tahan dan mudah mendapat selsema. Minuman pula kami hanya berikan yogurt Bliss perasa strewberry sahaja dan tidak air putih. Ini adalah diet yang kami sediakan untuk Sugar Glider bagi menjamin ( Poo and Pee )nya langsung tidak berbau. Dan sangkarnya pun tidak berbau. Sememangnya tabiat Sugar Glider suka mengigit apatah lagi kalau dalam keadaan Streess tetapi gigitannya tidak berdarah ini adalah kerana Sugar Glider akan mengecam bau tuan barunya dengan gigitan manja.


Farm Breed Sugar Glider.

    Farm Breed Sugar Glider pula mudah didapati dipasaran dengan harga murah. Ladang yang membiakkannya memberi Sugar Glider mereka makan ulat dan cengkerik bagi membantu Sugar Glider mereka cepat membiak selain kos makanan yang murah. Mereka hanya memberi Sugar Glider minum air paip selain keadaan sangkar yang kotor dan berbau busuk. Ini akan menyebabkan Sugar Glider tadi akan berubah tabiat asal menjadi garang dan ganas. Gigitan Sugar Glider ini akan menyebebkan kesan dari gigitan tadi berdarah dan sukar dijinakkan.  


   Sugar Glider juga sensitif kepada haiwan lain terutamanya kucing. Ini akan dapat dilihat keadaan mereka semasa nampak kelibat kucing. Elakkan bermain Sugar Glider anda semasa atau dihadapan kucing peliharaan anda. Pastikan kucing tiada semasa bermain dengan Sugar Glider.

   Kuku Sugar Glider juga perlu di potong supaya tidak terlalu tajam semasa bermain dengan anda. Ini akan mengakibatkan badan anda luka dan gatal-gatal ini kerana kuman yang terdapat pada kuku Sugar Glider akan masuk melalui kulit semasa Sugar Glider anda bermain atau memanjat badan anda.

   Sangkar juga memainkan peranan penting untuk memelihara Sugar Glider. Jangan sediakan sangkar yang penuh dengan mainan yang diperbuat dari kain. Ini adalah kerana tabiat Sugar Glider suka memanjat dan melompat. Jika kuku Sugar Glider panjang dan tajam akan tersangkut pada kain mainan tadi dan dia akan memaksa untuk lompat juga dan mengakibatkan Sugar Glider tadi patah tangan atau kaki dan boleh menyebabkan kematian.

 

 
Exotic Reptile Petting yang berlokasi di lot 100 Bazar Karat menjual pelbagai jenis haiwan peliharaan, sangkar dan makanan haiwan. Kami juga menyediakan perbagai khidmat seperti Nail Triming, Wooden Cage Deco, Steel Cage Deco, Glass Cage Deco, Grooming, Bonding, Expo Education, Large Trerrarium Deco dan lain-lain servis lagi. Khidmat penghantaran juga kami sediakan bergantung tempat dan harga adalah berpatutan.

Exotic Reptile Petting

Selamat Datang ke Exotic Reptile Petting,
   Ia dibina adalah bertujuan memberi maklumat tentang cara menjaga, sangkar yg diperlukan, tabiat dan habitat, cara memberi makan serta apa sahaja yg diperlukan haiwan reptilia anda. Maklumat berguna ini adalah untuk mereka yang baru dalam hobi memelihara haiwan reptilia ini. Apa sahaja maklumat akan dikongsi bersama pencinta haiwan reptilia seluruh dunia. Kebanyakan maklumat yang dicari melalui Internet kebanyakannya salah atau dari mereka yang juga baru dalam memilhara haiwan reptilia ini. Disini kami akan kongsikan maklumat tentang haiwan reptilia seperti Ball Python, Boa, Burmess, Reticulates, Green tree Python, Mangrove, Green Leaf Python, Iguana, Camaleon, Butterfly Lizard, Chinesse Water Dragon,  Frog, Tarantula, Spider, Scorpions, Tortaise, dan haiwan lain seperti Dragon Fish, Salamander, Ginny Pig, Rabbit, Hamster, Mice, Rat, Cat, Hedgehog dan banyak lagi. Blog ini juga akan sentiasa UP DATE haiwan2 baru yang ada bersama Exotic Reptile Petting untuk tatapan pencinta haiwan semua. 

Sekian Terima Kasih dari   Exotic Reptile Petting.